Pergi sudah meninggalkan kami...

2:45 PM Posted by Amiirul Hafiz,

Seluruh dunia Islam dirundung muram dengan pelbagai berita kesedihan yang menjadi ujian dari Allah SWT dari masa ke semasa. Di antaranya ialah yang terkini - pemergian Syaikhul Azhar dan bekas Mufti Negara Mesir - Syeikh Muhammad Sayyid al-Tantawi rahimahullah. Di antara ulama Islam terkemuka yang meluangkan masa untuk berbicara tentang pemergian Syeikh Tantawi ialah ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qaradawi. 
Setelah membaca tulisan yang dimuatkan di laman web rasmi Dr. Al-Qaradawi iaitu qaradawi.net, saya amat terkesan dengan sikap beliau terhadap Syeikh Tantawi yang beliau sifatkan sebagai kawan dan saudaranya sendiri. Qaradawi menyorot kembali perkenalannya dengan Tantawi ketika mereka bertemu satu masa dahulu. Ketika itu Qaradawi merupakan presiden persatuan pelajar di al-Azhar, manakala Tantawi masih di peringkat maahad dan belum lagi memasuki al-Azhar. Pada waktu itu Qaradawi telah menyampaikan khutbah yang didengari antaranya oleh Tantawi sendiri. 

Mereka saling ziarah menziarahi sejak berkenalan dan ketika Qaradawi dipenjarakan pada tahun 1962, Tantawi dan isterinya menawarkan bantuan untuk keluarga beliau sebagai petanda persahabatan yang akrab. Sewaktu Tantawi menyiapkan tesis phd beliau, Qaradawi merupakan sahabat yang sering memberikan tunjuk ajar dan panduan. Semasa Qaradawi menjadi dekan fakulti Syariah Universiti Qatar, beliau pernah menjemput Tantawi untuk menjadi pensyarah tamu selama beberapa tahun. Tidak lama selepas itu, Tantawi dilantik menjadi mufti Mesir. 

Maka sejak itu, hubungan mereka agak terganggu dengan beberapa fatwa yang dikeluarkan di bawah seliaan Tantawi yang mana tidak dipersetujui oleh Qaradawi. Selepas Tantawi dilantik menjadi Syaikhul Azhar, hubungan mereka kembali baik. Setiap kali bertemu, Tantawi pasti akan mendahulukan dan menghormati Qaradawi yang dianggap beliau sebagai gurunya dan juga abangnya kerana perbezaan umur. Walaupun mereka berbeza dalam beberapa pandangan dan fatwa, namun itu tidak menghalang mereka untuk saling menghormati dan mengasihi. 

Ingin saya memetik sebahagian kata-kata Qaradawi dalam tulisannya: "Hari ini maut memisahkan antara kami berdua. Maut yang memisahkan antara seorang saudara dengan saudaranya, antara anak dan ayahnya, antara sahabat dan sahabatnya. Sebagaimana maut juga memisahkan antara yang bertelagah, satu dengan yang lain. Dan Allah akan menghimpunkan antara kami pada hari yang tidak ada keraguan padanya, hari dihitung segala yang tersembunyi, dan Dia akan memutuskan antara kami dengan benar, dan Dialah sebaik-baik hakim...."

Semoga kita belajar daripada akhlak ulama...walaupun kita tidak mencapai tahap mereka, namun cubalah untuk mencontohi mereka. 

Ghuraba'??

2:35 PM Posted by Amiirul Hafiz,

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ

Hadith ini bermaksud lebih kurang: Daripada Abi Umamah al-Bahiliy daripada Rasulullah s.a.w. yang bersabda:

“Pasti akan dileraikan ikatan/simpulan islam, satu persatu. Maka setiap kali terlerainya satu simpulan, manusia bergantung ke simpulan yang berikutnya, dan simpulan pertama yang dirungkaikan ialah al-Hukmu dan yang akhir sekali ialah Solat.”

Hadith di atas diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad di dalam Musnadnya, al-Tabrani di dalam di dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn Hibban di dalam kitab Sahihnya dengan sanad yang baik daripada Abi Umamah al-Bahiliy R.A.

Hadith ini menggambarkan keadaan agama Islam akhir zaman yang semakin menjadi asing di kalangan umat. Perkara ini seperti yg dinyatakan oleh Nabi s.a.w.

Mafhum: Islam itu bermula dalam keadaan ganjil, dan dia akan kembali dianggap asing dan bergembiralah orangorang yang dianggap asing.”

Lantaran itu wujudlah ramai org-orang yang menyalahi agama dan perungkai-perungkai ikatan-ikatan agama. yang dimaksudkan dgn ikatan/simpulan agama itu ialah kefardhuan-kefarduan dan arahan-arahan Allah s.w.t.

Perkataan Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Dan perkara terawal yang dirungkaikan ialah al-Hukmu” membawa maksud umat tidak berhukum dengan syariat Allah s.w.t. Dan ini merupakan reality yg berlaku dalam kebanyakan Negara yang dinisbahkan kepada Islam hari ini. Sedangkan umat islam sedia maklum, wajibnya berhukum dengan syariat Allah s.w.t. dalam semua perkara dan menjauhi dari berhukum dengan selain dari syariat Allah, seperti firman Allah s.w.t. dlm surah al-Nisa’: 65, al-Maidah: 44,45,47, 49-50.

Para ulama juga menjelaskan, wajib ke atas setiap pemimpin Islam untuk berhukum dengan syariat Allah dalam semua urusan umat Islam dan dalam setiap apa yang diperselisihkan di kalangan mereka, sebagai memperaktikkan ayat-ayat al-Quran di atas. Dan para ulama juga menjelaskan, berhukum dengan selain dari syariat Allah, dan menghalalkan perbuatan tersebut merupakan perbuatan kufur yg mengeluarkan seseirang daripada agama islam. adapun jika tidak menghalalkan perbuatan tersebut, sebaliknya dia berhukum dengan selain syariat Allah itu disebabkan ada kepentingan tertentu dalam masa yg sama dia beriman bahwa perbuatannya itu tidak boleh, dan yang wajibnya ialah berhukum dgn syariat Allah. Maka dalam keadaan ini dia termasuk dalam kufur kecil, kazaliman yg kecil dan kefasikan yg kecil.

Perkataan Nabi s.a.w. yg bermaksud: “Dan simpulan yang akhir sekali dirungkaikan ialah solat” membawa maksud ramainya orang yang meninggalkan solat. Perkara ini juga merupakan satu fenomena yang berlaku hari ini.

Here comes Grande de Finale

2:10 PM Posted by Amiirul Hafiz,

Alhamdulillah.....tibelah masanya ku menggulungkan pemelajaran sem ini....best2....nak exam lagi...
Ibu n ayah, ku pohon doa kalian mengiringiku sepanjang fatrah peperiksaan nih...Ya Allah, berkatilah semua yg telah ku pelajari, dan semuga membawa manfaat dlm kehidupanku yg mendatang...
6 Subjek.....haha terbaeek...('',)..
1) Bhse arab istidroki             - 19 mei 2010
2) Undang2 Penulisan             - 24 mei 2010
3) Syeer jahili                         - 27 mei 2010
4) Bhse inggeris                      - 29 mei 2010
5) Nahu 1                               - 2   jun 2010
6) Kesusasteraan Arab(nasar)- 3 Jun 2010

wah2.....agak 'mudah' madah aku ntuk sem nih...hadoi..xpe2, saba2,..pulun lagi dan lagi.
Pasni, kite cite Aqabah plak ye kwn2...pastu kite cite umrah plak ye...mudah2an...ameen~

Lala~

luahan rasa..

5:09 AM Posted by Amiirul Hafiz,

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada bersempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Berterbangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkinkah ada esok
Untuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Keterserlahan Kebodohan Sekumpulan Manusia

9:21 AM Posted by Amiirul Hafiz,

2012 ialah sebuah filem Amerika Syarikat bergenre cereka sains arahan Roland Emmerich. Penggambaran bermula pada Ogos 2008 di Vancouver. KONONNYA, berlaku bencana seluruh dunia yang menuju kepada hujung dunia dan orang yang mungkin terselamat berusaha sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan mereka. filem itu mendapat inspirasi oleh beberapa hipotesis yang menyatakan bahawa kaum mayans purba meramalkan peristiwa kiamat akan berlaku di sekeliling musim sejuk solstis 2012.
Kita sebagai orang yang meyakini janji Allah, adalah salah sekiranya kita juga terkesan dan meletakkan keyakinan terhadap ramalan ini. Sesungguhnya, pengetahuan ttg hari kiamat itu hanyalah dalam Ilmu Allah s.w.t sahaja.

إِنَّ اللهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي اْلأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي
 نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوْتُ إِنَّ اللهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ
Sesungguh Allah hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat dan Dialah yg menurunkan hujan dan mengetahui apa yg ada dlm rahim. Dan tiada seorangpun yg dapat mengetahui apa yg akan diusahakan besok. Dan tiada seorangpun yg dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


Cuma,yang agak melucukan saya, melihatkan kebodohan sekumpulan manusia yang menyangkakan bahawa mereka boleh melarikan diri dan terselamat daripada peristiwa besar ini… Sudah trlalu banyak peringatan daripada Yang Maha Berkuasa ttg keadaan semua makhluk pada hari tersebut…tetapi sekumpulan manusia yg seringkali mengaku mereka ini makhluk paling bijak, menjadi terlalu bodoh dalam hal ini. Pelbagai persiapan dilakukan mereka dalam mencabar kebenaran janji2 Allah azza wa jalla. Nauzubillahi Min Zalik.. Berikut adalah perkembangan yang saya terima ttg 'hobi mengisi masa lapang dgn perkara sia2' mereka. 


Visionary End Times emergency corporation Vivos  melancarkan kempen pemasaran menjual  tempat perlindungan yg dikenali sbgai 'GETAWAY BUNKER' dengan harga US $ 200million Kkompleks bunker bawah tanah ini, adalah persediaan mereka dalam menghadapi peristiwa kiamat tahun 2012 yang kononnya jika mengikut tarikh Mayan Calender Doomsday hanya tinggal 1,000 hari lagi. 


Mereka Mempercayai bahawa akan ade sekumpulan manusia yg dikenali sbgai "the Chosen Few", mereeka ini akan dipilih Tuhan sbgai org yg terselamat dari peristiwa dahsyat itu, lantas mempersiapkan sebuah kompleks tempat perlidungan bagi mereka ini.

“Disasters are rare and unexpected, but on any sort of long timeline, they’re inevitable.  Where else would you go with just a few days’ notice?” adalah soalan yg diutarakan oleh pengusaha syarikat bunker ViVos , Robert Vicino, sambil menyatakan solusi beliau dengan memperkenalkan bunker yg dijual mereka. (bodo nye beliau….bliau sndiri kate bencana yg xdapat dielakkan, pastu tanye lagi lari ke mana…haha..bengong bliau nih)


20 bunker bawah tanah yang menawarkan perpustakaan, bilik mandi dan peralatan sukan serta kekuatan keselamatan mereka sendiri dan penjara, dan pelbagai kemudahan lain.
"Kerajaan telah membantu kos pembinaan ruang  bawah tanah yang luas untuk mengakomodasi ribuan pejabat elite. Vivos mempunyai harga dan kelangsungan hidup mereka dengan  menyiapkan tempat penampungan bagi ororang awam daripada peristiwa bencana, "kata syarikat dalam siding akhbar .

"Kami ingin seperti banyak kepelbagaian dan kemahiran mungkin untuk menyokong satu sama lain," tambah Vicino, "200 doktor dan tidak ada tukang paip boleh menjadi bencana yang nyata." 

“The walls are a metre and a half of reinforced concrete, it’s got two steel blast-proof doors and sits on a quarter of an acre of its own land surrounded by a 12 foot (4 metre) steel perimeter fence around it,” kata mereka lagi.

Vivos Shelters: ‘Amenities include: lounge areas, theaters, kitchens, libraries, medical facilities, exercise equipment, private staterooms and baths, storage for up to one year of supplies, off-road and armored vehicles, helicopter landing areas, communications facilities, a security force and even a detention area.  Every detail has been considered and planned for.  Owners need only to arrive before their facility is secured prior to a threatening event . . launched a hard sell marketing campaign selling places in their US$200million complex of underground bunkers this week, pointing out that the Mayan Calender’s 2012 Doomsday date is just 1000 days away.

Begitu bersungguh mereka dalam mencabar janji Allah..Adooii~..pelik2 je manusia ni kan..tu lah..kalo da diberi akal elok2 tapi xreti nak menghitung siapa diri kita sebenarnye…maka akan terserlahlah kebodohan kita yg infiniti…xpe la…trus la membazirkan masa, duit, n tenaga kalian dengan perkara retorik tu wahai kuffar….dan ketika sampainya peristiwa kiamat yg sebenar, kalian akan dapati bahawa  janji Tuhanku Allah Pemilik 7 petala langit 7 petala bumi itu, benar, dan kau akan memperakui bahawa risalah yang Nabi ku  Muhammad bin Abdullah s.a.w bawa itu, tiada keraguan padanya.

Tentang kehancuran alam semesta, kematian semua makhluk dan tiupan terompet Malaikat Israfil, Al-Qur’an menyebutkan antara lain:

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا(1)وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا(2)وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا
Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya, dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?", (QS al-Zalzalah (99): 1-3)

الْقَارِعَةُ(1)مَا الْقَارِعَةُ(2)وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ(3)يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ(4)وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ
Hari Kiamat, apakah hari Kiamat itu? Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu? Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran, dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.” (QS Al-Qari’ah (101): 1-5)

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ
“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” (QS az-Zumar (39): 68)

Maka apakah manusia itu masih mahu memerangi Tuhan mereka iaitu Allah s.w.t?? Xcuak ke ngan gambaran awal yg Allah datangkan??


Sultan AlFateh : Sebaik2 Raja

8:36 AM Posted by Amiirul Hafiz,

Abdullah bin Amru bin Al-Ash berkata, "bahwa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah SAW untuk menulis, tiba-tiba beliau SAW ditanya tentang kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu, Konstantinopel atau Roma. Rasulullah SAW menjawab, "Kota Heraklius terlebih dahulu (maksudnya Konstantinopel) (HR Ahmad)

"Kalian pasti akan membebaskan Konstantinopel, sehebat-hebat Amir (panglima perang) adalah Amir-nya dan sekuat-kuatnya pasukan adalah pasukannya "(HR Ahmad) 
   Hadis  itulah yang  menjadi penyemangat para Khalifah untuk melakukan futuhat(penaklukan), tercatat dalam sejarah bahwa Abu_Ayyub_al-Anshari (44 H) pada Khalifah Muawiyyah bin Abu Sufyan adalah orang yang pertama ingin merealisasikan janji Allah tersebut, namun karena kondisi tertentu beliau tidak mampu memenuhinya, walaupun begitu, beliau meminta agar jasadnya dikuburkan di bawah tembok kontantinopel agar die dapat mendengar hentakan kaki sebaik2 pasukan tentera islam memasuki kota konstatinopel. Lalu Khalifah Sulaiman bin Abdul-Malik (98 H) pada masa Kekhalifahan Umayyah, Khalifah Harun_al-Rasyid (190 H) masa Kekhalifahan Abasiyyah, Khalifah Bayezid I (796 H) masa Kekhalifahan Utsmanityyah, Khalifah Murad II (824 H) masa Kekhalifahan Utsmaniyyah juga tercatat dalam usaha penaklukan konstantinopel, tetapi karena satu dan lain hal, Allah belum mengizinkan kaum muslim memenangkan pertempuran itu.Hadis Nabi saw tersebut direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.


Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang taktik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
     Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh
    Tercatat dalam sejarah bahawa Konstantinopel merupakan salah satu kota terpenting di dunia, kota ini memiliki benteng yang tidak tertembus yang dibangun pada tahun 330 M. oleh Raja Byzantium . Konstaninopel memiliki posisi yang sangat penting di mata dunia. Sejak didirikannya, pemerintahan Byzantium telah menjadikannya sebagai ibukota pemerintahan Byzantium Saat itu Konstantinopel merupakan salah satu kota terbesar dan benteng terkuat di dunia saat itu, dikelilingi lautan dari tiga sisi sekaligus, yaitu selat Bosphorus, Laut Marmarah dan Tanduk Emas (golden horn) yang dijaga dengan rantai yang sangat besar, hingga tidak memungkinkan untuk masuknya kapal musuh ke dalamnya. Pentingnya posisi konstantinopel ini digambarkan oleh napoleon dengan kata-kata ".....kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibukota negaranya!".


     Kemudian muncullah Sultan Muhamamd II atau selanjutnya dikenalsebagaiMuhammad al-Fatih, yang akan menaklukan kota yang dikenali konstantinopel ini, sejak kecil dia telah dididik oleh ulama-ulama besar pada zamannya, khususnyaSyaikh Aaq Syamsuddin yang tidak hanya menanamkan kemampuan beragama dan ilmu Islam, tetapi juga membentuk mental pembebas pada diri Mumammad al-Fatih. Beliau selalu membekali al-Fatih dengan cerita dan kisah para penakluk, kisah syahid dan mulianya para mujahid, dan selalu mengingatkan Muhammad II tentang bisyarah rasulullah dan janji Allah yang menjadikan seorang anak kecil bernama Muhammad II memiliki mental seorang penakluk.


    Sejarah mencatat bahawa ketika berumur 23 tahun, al-Fatih telah memimpin ibukota Khilafah Islam di Adrianopel (Edirne) .Sebahgian besar hidup al-Fatih berada diatas kuda, dan beliau tidak pernah meninggalkan solat rawatib dan tahajjudnya untuk menjaga hubungannya dengan Allah dan memohon pertolongan dan izinnya atas keinginannya yang telah terpancang kuat dari awal- menakluki Konstantinopel.


  Untuk menakluki konstantiopel dia merancang perancangan yang baik dan orang-orang yang pakar dalam ilmu peperangan dikumpulkan, maka Al Fatih membentuk pasukan elit yang dinamakan Janissaries, yang dilatih dengan ilmu agama, fizik, taktik dan segala yang berkaitan dengan ilmu ketenteraan, dan pendidikan ini dilaksanakan sejak usia muda, dan khusus dipersiapkan untuk penaklukan konstantinopel.4000 orang yang ikhlas jiwanya kerana  Allah dan rasul-Nya pun berkumpul dalam penugasan ini.


Persiapan Awal
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
    Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 700 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople,    Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Pelancaran Serangan
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Strategi
          Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera.Menara ini dipanggil menara citadel . 7 menara citadel selesai dibina dalam waktu kurang dari 4 bulan Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
 Selain itu dia juga menguasai Selat Bosphorus yang menjadi nadi utama perdagangan dan transportasi bagi konstantinopel


    Tetapi konstantinopel bukanlah kota yang mudah ditaklukkan, kota ini menahan serangan dari berbagai penjuru dunia dan berhasil meneutralkan semua ancaman yang datang kepadanya kerana ia memiliki sistem pertahanan yang sangat maju pada zamannya, yaitu tembok yang luar biasa tebal dan tinggi, tingginya sekitar 30 m dan tebal 9 m, tidak ada satu pun teknologi yang dapat menghancurkan dan menembus tembok ini pada masa lalu. Dan untuk inilah,al-Fatih menugaskan khusus pembuatan senjata yang dapat mengatasi tembok ini.


          Setelah mempersiapkan meriam raksasa yang dicipta oleh Urban, seorang muallaf, yang dapat melontarkan peluru seberat 700 kg, al-Fatih lalu mempersiapkan 250000 total pasukannya yang terbahagi menjadi 3, iaitu pasukan laut dengan 400 kapal perang menyerang melalui laut Marmara, kapal-kapal kecil untuk menembus selat tanduk, dan sisanya melalui jalan darat menyerang dari sebelah barat konstantinopel, awal penyerangan ini dilakukan pada tanggal 6 April 1453, konstantinopel telah terkepung.

                                                                       -meriam Urban-
21 April 1453, tidak sedikitpun tanda-tanda kemenangan akan dicapai pasukan al-Fatih,Teluk tanduk dipenuhi dengan rantai gergasi yang menghalang kemaraan kapal2 sultan AlFatih yg ingin melalui kawasan itu. Tambahan pula,Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Selain itu, perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.

          -perairan teluk Golden Horn disekat dengan aliran rantaian besi gergasi yg panjang -


Lalu akhirnya mereka mencuba suatu cara yang tidak terbayangkan kecuali orang yang beriman. Dalam waktu semalaman 70 kapal pindah dari Selat Bosphorus menuju selat tanduk dengan menggunakan tenaga manusia. Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan salah seorang ahli sejarah tentang Byzantium mengatakan:

kami tidak pernah melihat dan tidak pernah mendengar sebelumnya, sesuatu yang sangat luar biasa seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah mengubah bumi menjadi lautan dan dia menyeberangkan kapal-kapalnya di puncak-puncak gunung sebagai pengganti gelombang-gelombang lautan. Sungguh kehebatannya jauh melebihi apa yang dilakukan oleh Alexander yang Agung,Alexander the Great
70 Kapal al-Fatih dipindahkan dari Selat Bosphorus ke Selat Tanduk melalui Pegunungan Galata dalam waktu 1 malam


Kapal perang dari puncak gunung.
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Pokok2 yg besar dipotong dan dijadikan sbgai roda bagi menggerakkan kapal di atas daratan. Inilah yang dimaksudkan dengan kapal berlayar di daratan yang disebut dalam tukang ramal Byzantine.Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Pengepungan ini terus berlanjut sehingga tanggal 27 Mei 1453, Melihat kemenangan sudah dekat, Muhamamad al-Fatih mengumpulkan para pasukannya lalu berkhutbah didepan mereka:

"Jika penaklukan kota Konstantinopel berjaya, maka sabda Rasulullah SAW telah menjadi kenyataan dan salah satu dari mukjizatnya telah terbukti, maka kita akan mendapatkan bahagian dari apa yang telah menjadi janji dari hadis ini, yang berupa kemuliaan dan penghargaan. Oleh karena itu, sampaikanlah pada para pasukan satu persatu, bahawa kemenangan besar yang akan kita capai ini, akan menambah ketinggian dan kemuliaan Islam. Untuk itu, wajib bagi setiap pasukan, menjadikan syariat selalu didepan matanya dan jangan sampai ada diantara mereka yang melanggar syariat yang mulia ini. Hendaklah mereka tidak mengusik tempat-tempat beribadat dan gereja-gereja. Hendaklah mereka jangan mengganggu para pendeta dan orang-orang lemah tak berdaya yang tidak ikut terjun dalam pertempuran".

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar
     -Sultan Muhammad AlFateh memasuki Kota Konstatinopel bersama Meriam Urban-

Pada tanggal 29 Mei 1453, serangan terakhir dilancarkan, dan sebelum waktu solat asar, al-Fatih sudah menginjakkan kakinya di gerbang masuk konstantinopel. Berakhirlah pengepungan selama 53 hari  Baginda menukar nama konstantinopel  kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.  Pernyataan Rosulullah kni telah menjadi kenyataan bahwa knstantinopel telah ditaklukkan oleh tangan seorang pemuda yang bernama" Muhammad Al-Fatih"


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


Sumber : 1)Tarikh Usmaniyyah, Maktabah Darul Maa'rif,  Amman Jordan.
                 2)Norwich,John Julius, The rise and decline of Constantinopel

Tariq : Pembawa Sinar Andalusia

7:36 AM Posted by Amiirul Hafiz,

Awan hitam melutupi langit Andalusia.  Eropah  sedang dikuasai  oleh  penjajah    Gotik  yang  kejam.  Ibu kota Toledo menempatkan istana tentera raja laknat. Wanita tidak terjamin keselamatannya,  petani  dikenakan cukai  yang terlalu tidak relevan, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja Roderick dari bangsa Visigoth yang kejam itu  bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam  kesengsaraan. Sebagian besar penduduk yang beragama Kristen danYahudi,  melarikan diri  ke Afrika, berharap mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai  toleransi  yang  tinggi  kerana berada  di  bawah  naungan pemerintahan Islam iaitu gabenor khalifah yang bernama Musa bin Nusair.
Salah seorang dari  jutaan  pelarian  itu  adalah Julian, Gabenor wilayah  Ceuta yang puterinya  Florinda  telah  dinodai Roderick, raja bangsa Gotik. Mereka memohon  pada  Musa  bin  Nusair,  raja  muda  Islam  di  Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu. Setelah  mendapat  persetujuan Khalifah, Musa melakukan ekspidisi penaklukan ke  Spanyol. Tariq bin Ziyad, memimpin 12000 anggota  pasukan  muslim  menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah.
Tariq bin Ziyad…pemuda yg bertubuh tinggi, berkening kebar dan berkulit putih  kemerahan ini lahir dari tengah keluarga suku Barbar dari kabilah Nazafah di Afrika Utara sekitar tahun 50 Hijrah. Beliau asalnya adalah pembantu kepada Musa bin Nusair, berkhidmat hanya sbgai budak suruhan..tetapi setelah kualiti kepimpinan serta kepahlawanan jelas menonjol dari dirinya, Musa bin Nusair menjadikannya sebagai antara panglima penting dalam barisan tentera beliau. Tariq dan tuannya telah melakukan ekspedisi ke Andalusia setelah berlakunya bibit pergaduhan antara seorang pembesar Ceuta iaitu Julian dan Raja Visigoth, Roderick.
Bulan Mei tahun 711 Masehi, Komando Tharif dan 500 orang skuad perisik komando  telah melakukan pengintipan kawasan pantai spanyol. Kemudian, Musa bin Nusair  telah mengutuskan pasukan Tariq bin Zayid ke kawasan perairan Andalusia itu.Mereka Mendarat di sebuah bukit yang sehingga kini kekal dalam rekod catatan sejarah dan digelar Jabal Tariq atau Gibraltar.
-kedudukan jabal tariq di benua eropah-


                                                           - rupa sebenar jabal tariq-
Begitu  kapal-kapal  yang  berisi  pasukannya mendarat di Eropa, Tariq mengumpulkan  mereka  di  atas  bukit tersebut. Diatas bukit karang itu Tariq memerintahkan pembakaran kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka dari benua Afrika. Tentu  saja  perintah  ini membuat tenteranya kebingungan dan kelu.. “Apa maksud semua ini wahai Tariq???” tanya mereka. “Bagaimana kita kembali nanti?” tanya yang lain.
Namun  Tariq  tetap pada pendiriannya.Di situlah keanehan dalam strategi perang berlaku dalam sejarah dunia. Bukan hanya Al-Fatih pernah mencipta strategi yang aneh, malah kalo kite perhatikan, stiap panglima tentera islam  seolah2 mendapat ilham terus dari langit untuk mencipta keanehan dan mengoyak adat kebiasaan dalam peperangan. Dengan gagah berani, panglima muda itu berpidato dengan suara yg lantang ,menghidupkan emosi dan daya berjuang yg rindukan belaian syahid.,”Di mana jalan pulang? Laut berada di belakang kalian. Musuh pula berada di hadapan. Sungguh kalian tidak memiliki apa-apa kecuali sikap benar dan jujur. Musuh kalian sudah bersiap sedia di depan dengan senjata mereka. Kekuatan mereka besar sekali . Sementara kalian tidak memiliki bekalan lain kecuali pedang , dan tidak ada bekalan makanan untuk kalian kecuali yg dapat kalian rampas dari tangan musuh2 kalian. Sekiranya perang ini berpanjangan dan kalian tidak segera mengatasainya, akan sirnalah kekuatan kalian. Akan lenyaplah rasa gentar mereka terhadap kalian. Oleh itu, singkirlah sifat hina yang ada dalam diri kalian dengan sifat  terhormat .Kita  datang  ke  sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid.Ketahuilah, sekiranya kalian bersabar untuk sedikit menderita, nescaya kalian akan dapat bersenang lenang dalam waktu yg lame. Oleh kerana itu, janganlah kalian berasa kecewa dengan tindakan aku, sebab nasib kalian tidak akan lebih buruk daripadaku." Lalu dengan suara yang menggetarkan jiwa, beliau bertempik "perang atau mati!!!" Sebuah pidato yg menggugah jiwa, menyemarakkan hati yg leka, membangkitkan roh yg lena. Kini sekumpulan besar singa padang pasir terjaga dari mimpinya.. Keberanian  dan  perkataannya yang luar biasa menggugah Sir Iqbal, seorangpenyair   Persia,  lantas beliau  mengungkapkan sebuah  syair  berjudul ”Piyam-i Mashriq”yang berbunyi : “Tatkala  Tariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Spanyol), Prajurit-prajurit  mengatakan,  tindakannya tidak bijaksana. Bagaimana mungkin   mereka  kembali  ke  negeri Asal, dan sesungguhnya merosakkan peralatan adalah bertentangan  dengan hukum Islam. Mendengar itu semua, Tariq menghunus pedangnya,  dan  menyatakan bahwa setiap negeri kepunyaan Alloh adalah kampung halaman kita.
Kata-kata  Tariq  itu  bagaikan  api yang menyalakan sumbu semangat prajurit muslim  yang  dipimpinnya.  Bala  tentara muslim yang berjumlah 12.000 orang  maju  melawan  tentara  Gotik yang berkekuatan 100.000 tentara. Pasukan   Kristian   jauh   lebih   unggul  baik  dalam  jumlah  mahupun persenjataan. Namun  semua  itu  tak merendahkan smgt  pasukan muslim.
Tanggal  19  Juli tahun 711 Masihi, pasukan Islam dan Nasrani bertemu, keduanya  berperang  di    muara sungai Rio  Barbate yang menjadi saksi kepada pertempuran yg gimik ini.. Pada pertempuran ini,  Tariq  dan pasukannya berhasil melumpuhkan pasukan Gotik, hingga Raja  Roderick  tenggelam  di  sungai  itu. Kemenangan Tariq yang luar biasa  ini,  menjatuhkan semangat orang-orang Spanyol dan semenjak itu mereka  tidak  berani  lagi  menghadapi  tentara Islam secara terbuka. Musa bin Nusair yg merasakan bangga melukis pengalamannya untuk dikirmkan kepada khalifah dengan menyatakan "Penaklukan ini berbeza dari penaklukan-penaklukan lain. Peristiwanya seperti kiamat".
Tariq  membahagi  pasukannya  kepada  empat  kelompok, dan mengutuskan mereka  ke Kordoba, Malaga, dan Granada.Mereka turut membebaskan Sevilla,Ecija, dan Arkidona tanpa sebarang perlawanan,sebelum merebut kota Elvira di Granada, dan diikuti Cordova dan wilayah Malaga. Mereka terpaksa menggunakan sedikit kekerasan dalam menghancurkan kerajaan kristian di Murcia. Sedangkan Tariq sendiri bersama pasukan  utamanya  menuju  ke Toledo, ibu kota Spanyol.Kota itu  menyerah tanpa sebarang pertumpahan darah.  dan kehebatan pasukan  Tariq  berjaya melumpuhkan orang-orang Gotik.
Rakyat Spanyol yang   sekian   lama   tertekan   akibat   penjajahan bangsa  Gotik, mengalu-alukan  orang-orang  Islam.  Selain  itu, perilaku  Tariq dan orang-orang   Islam   begitu  mulia  sehingga mereka  disayangi  oleh bangsa-bangsa  yang ditaklukkannya.
Kemudian,  jeneral muda itu bergerak  maju menyebarkan kalimah Allah dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun   seluruh  dataran  Spanyol jatuh  ke  tangan  Islam.  Portugis ditaklukkan  pula  beberapa tahun kemudian.
Pernah ditanya kepada Tariq,ttg mengapakah beliau membakar kapal2nya yg berjumlah kurang lebih 750 buah armada perang..bukankah pembaziran tidak dibenarkan dalam islam.., beliau lantas menjawab, "sekiranya org islam gagal menakluk spanyol dan kesemua mereka habis dibunuh tntera Gotik, maka tentera Gotik akan menggunakn kapal2 itu untuk menyeberangi laut Mediterranean dan menyerang org islam di tanah arab." Seorang model pemimpin yg ade ide yg tggi dan karismatik menguasai massa. Tariq adalah sbhgian drpd Andalusia, dan Andalusia adlh Tariq. Asalnya hanya seorang budak hamba namun akhirnya menjadi panglima terbilang dalam lipatan sejarah.
Ini merupakan perjuangan utama  yang  terakhir  dan  paling sensasional bagi bangsa Arab itu,” tulis Phillip K.Hitti, “dan membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas  yang  belum  pernah mereka peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan keberhasilan operasi ke Spanyol   ini  telah  mendapat tempat  yang  unik  di  dalam  sejarah peperangan  abad  pertengahan.”
Penaklukkan  Spanyol oleh orang-orang Islam  mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar  diakui. Ketidak toleranan  dan  penganiayaan  yang  biasa dilakukan orang-orang Kristen, digantikan oleh toleransi yang tinggi dan kebaikan  hati yangluar biasa.
Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu,  sehingga  jika tentera  Islam  yang  melakukan  kekerasan akan dikenakan hukuman berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang  disita. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat  jitu yang  dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristen dibiarkan memiliki  hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua komunitas   mendapat   kesempatan  yang  sama  dalam  pelayanan  umum.
Pemerintahan  Islam  yang  baik  dan  bijaksana  ini membawa kesan luar biasa.  Orang-orang  Kristian  termasuk  pendeta-pendetanya  yang  pada mulanya  meninggalkan  rumah  mereka  dalam keadaan ketakutan, kembali pulang  dan  menjalani  hidup yang bahagia dan makmur. Seorang penulis Kristian   terkenal  menulis:  “Muslim-muslim  Arab  itu  membina kerajaan  Cordova  yang baik adalah sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka  mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan  kepada  dunia  Barat.  Dan  saat  itu Eropa sedang dalam kondisi  kegelapan  dan  kebodohan  yang  biadab.”
Tariq  berhasrat  menakluk   seluruh   Eropah agar bumi Andalus itu diwarnai dengan cahaya Tauhid yg suci,   tetapi  Allah yang Maha berkuasa menentukan  segalanya. Saat merencanakan  penyerbuannya  ke  Eropah,  datang panggilan dari Khalifah yg memanggil Tariq kembali  ke Damaskus. Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Tariq memenuhi  panggilan  Khalifah  dan berusaha tiba  seawal  mungkin di Damaskus.  Tak  lama  kemudian, Tariq  wafat di  sana. Budak Barbar, penakluk  Spanyol, wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama delapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. Semoga Alloh merahmatinya.

Sumber :    1)Rohiqul Makhtum,Dr Sofiyurrahman AlMubarok
                 2) Ibnu khaldun, kitab 'tarikhul barbar fi khalifatul islam'
                 3) Medieval sourcebook, AlMagari, Ibnu Abdul Hakim, 'the breath  of perfumes'