Nasihat Sang Ayah

6:53 AM Posted by Amiirul Hafiz,

Dalam hidup saye , suke saye igtkn diri sndiri bahawa saya hanya berjalan dan hidup di muka bumi dengan kapasiti sbgai seorang hamba dan tidak lebih dari itu…tatkala diri ini terlupa akan identitinya yg sebenar, suke untuk saya meneliti kembali sebuah himpunan nasihat yg amat halus seorang bapa kepada anaknya…dan saya anggap,seolah2 itu jugalah wasiat ayah  kndung saya (semoga Allah merahmatinya) kepada diri ini. Perhatikan nasihat yg dinukilkan dalam alQuran,dan akan kita dapati bahawa kesemuanya adalah asas kepada peribadi yang menyenangkan orang lain. Semoga kita bersama dapat mengambil istifadah darinya.


وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. 
*yg dimaksudkan bersyukur kepada diri sendiri adalah; apabila seseorg bersyukur kepada Allah,maka Allah akan membalas dengan berbagai nikmat yg lain seperti kesihtn,kebahagiaan, kesenangan, kelapangan jiwa dan sebagainya."Direct Exchange"*
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"
*Luqman AlHakim memulakan nasihatnya dengan perkara yg paling utama yg dengannya dapat menentukan kebatilan atau kesahihan segala amal seseorang anak adam -jgn syirik. Sekalipun amal kebaikan dilakukan sepanjang kehidupan, tetapi jika hanya syirik seperkara,terbatallah segala amalannya,nerakalah tmpat kepulangannya*
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). 
*Peringatan kepada mereka yg bergelar anak (dn sememngnye kite semua sntiasa mendukung gelaran tersebut shingga ke akhir hayat), agar sntiasa igt2 smule jasa bakti org tuanya, agar tidak melakukan penderhakaan.Apalah erti kehidupan yg megah sekiranya asbab asal bagi kehidupan yg megah itu tidak dihormati,*

وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفاً وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. 
*Dalam menempuhi kehidupan yg mendatang, pasti kita akan terjumpa suatu hari nanti, simpang atau cabang yg akan menguji di mana tahap aqidah kita. Dan Luqman Alhakim lantas berpesan sejak anak berusia muda,agar tetaplah dengan keyakinan terhadap Allah yg Maha Satu, tiada sekutu baginya dan itulah kenyataan yg Qat'i*
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. 

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. 
*Dalam kitab syarah AlAhkam AlImam Ibnu A'to Illah yg ditulis oleh Dr. Adam Noh AlQudoh(bekas mufti Jordan), beliau ada mensyarahkn dalam hikam yg ke-8, bahawa segala bentuk penyakit dan musibah,boleh jadi ia adalah bentuk kifarah dosa yg kita tidak sedar semua itu. Boleh jadi ape yg kite sgkakan baik untuk kita,sbnarnye adalah buruk dan Allah haling dari berlakunya perkara tersebut. Dan bole jadi ape yang kita sangkakan buruk sebenarnya baik untuk kita dan Allah menentukan ianya berlaku. Maka kenapa masih ada manusia yg menyalahkan takdir..Sesungguhnya Allah jualah yg maha mengetahui*
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai
*Sifat org2 yg disenangi ahli disekelilingya*

kembara beirut..

9:16 AM Posted by Amiirul Hafiz,

Teringat plak…selesai first sem, saye sempat kembara ke LUbnan…n Syria…hm…sememangnya satu pengalaman yg menarik sbb turut bersame senior2 yg best…..dan pengalaman yg menarik tgk senior yg da superb masyi arab, berhujjah ngan arab yg bawak kami(pasal dorg belit2 sket time nak bayar kat hudud). Heh..xpe, tu story blakang tabir….yg nk citenye….bestnye lubnan…….saye xtau plak time g tu, lubnan tga sejuk…jadi ngan selamba serta kental melayu jatinya, saya pkai slipar je…'biru' je kaki….huahuahua…(T.T)
Di suatu malam di musim shita'(winter) yg sjuk gler…..da la ujan, kami bertolak dari irbid, menuju ke Syria….di hudud (border) Jordan-syria, kne check passport jap, sjuk bai….da la MPV tu pun bocor…hadoi….menitis2 hujan atas pale saye...tapi nk wat cane….kne la turun dari MPV gak…pastu, dari Syria,kami menuju ke hudud Syria-lubnan. Skali lagi kne turun check passport. Time tu pkul 4.30 pagi….hai..ni member kat irbid tga sedap2 tdo dalam blanket nih, aku plak bersejuk2sejukan kat border nih…hadoi…mule2, askar  lubnan xnk bagi masuk, sbb lubnan time tu dlm keadaan darurat,(Beirut baru lepas kne bom ngan Israel kn..) tapi stlh di pujuk rayu….Alhamdulillah, dapat gak masuk…ust rockers a.k.a  abg ridhwan la yg paling semangat..katenye"aku da lame sgt nk smpai lubnan ni…tlg la bole…tlg la bole…"hahaha….penuh pengharapan muke beliau ketika itu..siap soh kami bace doa ag..

Masuk je lubnan, wlaupun baru kawasan border, kiri kanan da putih da…ape yg putih?? SALJIII!!!!!!!! Hahaha…rasenye, saye la dak JAIS batch 2009/2010 yg first jumpe salji pasal member lain sume kat irbid ag…irbid xde salji time tu..HAHAHAHAH!
Kami  tiba di ibu kota Beirut sekitar jam 0600 pg….lepas qada' subuh(heheh) di sebuah masjid yg bernama masjid Khalid alwalid, kami trus berjalan2 sekitar Beirut.







Beirut…sebuah kota yg dahulunya banyak melahirkan penyair mashyur dan syair2 yg tidak kurang hebatnya seperti  رحل النهار" "  (cite psl sinbad). Itu dulu, tapi skarang….da moden bai…cantik je bangunan2 die…n banyak kitab2 jamiah, kalo kalian perhatikan, diterbitkan oleh maktabah2 yg berada di Beirut.


Lubnan (bahasa Arab: لبنان, Lubnān) merupakan sebuah negara di barat laut Asia, di sebelah timur Laut Mediterranean, dan bersempadan Sehinggalah ke Perang Saudara Lubnan (1975-1990), negara ini telah mengalami pemajuan dan pembangunan yang pesat, terutamanya dalam industri perlancongan, agrikultur dan sektor perbankan. Lubnan dipanggil pusat perbankan di dunia Arab dan juga dikenali sebagai "Switzerland Timur Tengah" kerana kemajuan kewangannya. Lubnan juga telah menarik banyak pelancong ke ibu negaranya, Beirut sehingga diberikan nama "Paris Timur Tengah".
Namun, peperangan antara kumpulan Hezbollah dan Israel pada tahun 2006 telah melumpuhkan infrastruktur dan seterusnya ekonomi Lubnan. Banyak nyawa telah terkorban dan bandar raya Beirut telah mengalami kemusnahan yang teruk. Usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membina semula infrastruktur bandar-bandar.

                                     -  first time saye nampak pantai smule sejak dtg jordan-
batu berdua ni digelar 'pigeon rock'. Sebelum ni pernah tersenerai sebgai slh satu 7 wonders of da world, tapi tersingkir akhirnya.

Crew kembara lubnan-syria(bersama senpai2 yg best!!)
ice world. bile la Kuala Lumpur nak ade pemandangan camni...
haha...kaget salji sungguh

on da way nak balik syria, ade jambatan nih....tggi tol..ade org men 'bungge jump'

kenangan...

كن بلسما ايها الإخوة

7:40 AM Posted by Amiirul Hafiz,

كن بلسماً 


كن بلسماً إن صار دهرك ارقما                     وحلاوة إن صار غيركعلقما

إن الحياة حبتك كل كنوزها                          لا تبخلن على الحياة ببعض ما

أحسنْ وإن لم تجز حتى بالثنا                       أي الجزاء الغيثُ يبغي إن همي

من ذا يكافئ زهرة فواحةً                            أو من يثيبُ البلبل المترنما

عُد الكرامَ المحسنين وقسهم                         بهما تجدْ هذينِ منهم أكرما

يا صاحِ خُذ علم المحبة عنهما                      إني وجدتُ الحبَّ علماً قيما

لو لم تَفُحْ هذي وهذا ما شدا                        عاشت مذممةً وعاش مذمما

فأعمل لإسعاد السوي وهنائهم                     إن شئت تسعد في الحياة وتنعما

أيقظ شعورك بالمحبة إنغفا                         لولا الشعور الناس كانوا كالدمى

أحبب فيغدو الكوخ قصراً نيرا                   وابغض فيمسى الكون سجناً مظلما

كرهَ الدجى فاسودّ إلا شهبُهُ                       بقيتْ لتضحك منه كيف تجهّما

لو تعشق البيداءُ أصبحَ رملُها                      زهراً، وصارَ سرابُها الخدّاع ما

لو لم يكن في الأرض إلا مبغضٌ                 لتبرمتْ بوجودِهِ وتبرّما

لاح الجمالُ لذي نُهى فأحبه                        ورآه ذو جهلٍ فظنّ ورجما

ورآه ذو جهلٍ فظنّ ورجما                                 المرءُ ليس يُحَبُّ حتى يُفهما

وارفقْ بأبناء الغباء كأنهم                               مرضى، فإنّ الجهل شيءٌ كالعمى

 ( للشاعر إيليا أبو ماضي ) 


Khutbah Abu Bakar r.a

7:02 AM Posted by Amiirul Hafiz,

خطبة أبو بكر الصديق عند توليه الخلافة (11 هجرية)

لما بويع أبو بكر بالخلافة بعد بيعة السقيفة تكلم أبو بكر، فحمد الله وأثنى عليه ثم قال:

"أما بعد أيها الناس فإني قد وليت عليكم ولست بخيركم، فإن أحسنت فأعينوني، وإن أسأت فقوموني، الصدق أمانة، والكذب خيانة، والضعيف فيكم قوي عندي حتى أريح عليه حقه إن شاء الله، والقوى فيكم ضعيف حتى آخذ الحق منه إن شاء الله، لا يدع قوم الجهاد في سبيل الله إلا ضربهم الله بالذل، ولا تشيع الفاحشة في قوم قط إلا عمهم الله بالبلاء، أطيعوني ما أطعت الله ورسوله، فإذا عصيت الله ورسوله فلا طاعة لي عليكم"
TERJEMAHAN:

"Wahai sekalian manusia, aku telah dipertanggungjawabkan ke atas kamu dan bukanlah aku yang paling baik dari kalangan kamu. Sekiranya aku memerintah dengan baik maka bantulah aku.dan sekiranya aku memerintah dengan buruk, maka perbetulkan aku. Kebenaran itu merupakan amanah, dan pendustaan  itu adalah sebuah pengkhianatan. Mereka yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku mengambil haknya daripada diri mereka dengan izin Allah,dan mereka yang kuat di kalangan kamu lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak darinya dengan izin Allah,dan …….
Isi pnting
1-Khalifah menyatakan bahawa beliau adalah insan yg biasa dan bukanlah yg terbaik dari kalangan muslimin.
2-Khalifah memerintahkn org islam untuk mematuhi perintahnya selagi selaras dengan perintah Allah dan Rasul.
      تحليل
1.      تتجلى من هذه الخطبة شخصية ابو بكر رضى الله عنه وصراحته وتمسكه بمبدأ العدل والمساوة والحرص على مصلحة المسلمين
2.      في الخطبة ايجاز تام والفاظها واضحة بعدم العمود والشفاف
3.      تستخدم ابلوب مقابلة بين الحق ولباطل,الطاعة والمعصية وبين الضعيف والقوي وكلها حقاءق وليس لها مجاز
4.      لا تكلف في اللفظ ولا زحرف في السلوب ولا تصنع في التعبير. فجاءت الخطبة سهلة وواضحة.
5.      بدأ بالحمد لله وختم بالإستغفار إليه, وهو من خصائص نثر الإسلامي.
اسلوب
"لست بخير كم"-دليل على التواضع
"اني قد وليت..."-إني=تدخل على الحقائق التامة
                    قد = اداة محوارية الثبات
                   وليت= فعل استعلاء ايجابي

Teman Akuatik

6:33 AM Posted by Amiirul Hafiz,

Ikan oh ikan……
Kau sememangnya haiwan yg sangat unik. Aku amat menyukai spesiesmu wahai ikan. Kepada warga aspura samttaj 2008, kalian ingat ag bilik sape paling lawa?? Bilik KA la kn…soklan kedua..nape bilik KA lawa?? Sebab ade akuarium a kn…? Soklan ketiga…sebut je, ape yg ade   xde dalam akuarium tu? Dari ikan sampai ke udang, sume lengkap pakej 5 in 1.haha tulah die dorm C101 aspura samttaj 2008,sebuah dorm yg penuh inovatif dan daya saing…sape yg ngengade nk ternak akuatik dalam dorm tu kalo bukan saya?

Nmpaknya, naluri saya mmg dilahirkan minat trhdp akuatik….datang Jordan, ag best, ade bilik sndiri, hah, ade akuarium private……terbaek……jadi, adik2 samttaj yg nk tgk kesinambungan siri ternakan abang ex KA kalian yg kalian cintai, mai la Jordan…huahuahuahua

Jeneral Khalid : Pedang Allah yg Terhunus

7:11 AM Posted by Amiirul Hafiz,

Saya adalah seorang peminat siri sejarah peperangan islam. Dan saya paling minat peperangan yang disertai jeneral tentera yang amat saya sanjungi, saidina Khalid Al Walid r.a .Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mendesak tentera islam ke jalan buntu malah,tentera Islam dikira kalah dalam peperangan tersebut, tetapi perang Muktah memberikan penampilan Khalid Al-Walid yang baru memeluk islam.Beliau adalah hero penyelamat di ambang kekalahan tentera Islam,dan pada pendapat saya ini membuktikan bahawa beliau memang antara yang layak dikurniakan anugerah jeneral tentera agung selepas Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda sendiri memberi gelaran yang istimewa kepada beliau "سيف الله المسلول" (Pedang Allah yang terhunus).


 Dalam peperangan Al-Yamamah,beliau ditugaskan khalifah untuk memerangi Musailamah Al-Kazzab yg mendakwa dirinya sebagai nabi.
Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam:"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik" Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai
tentera Islam yang terkorban. Khalid Al-Walid sebagai Jeneral pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya  kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang munafiq itu akan mengalami bencana masing-masing."


Sebuah lagi kisah yang amat menarik berkaitan Saidina Khalid AlWalid ada dicoretkan dalam kisah peperangan Yarmouk(20 ogos 636 M).Peperangan ini dapat dikira sebagai usaha tntera Romawi(Imbratur bizantiniyyah) dalam menebus malu dek kekalahan mereka dalam peperangan Muktah. Ketika kedua2 pasukan islam dan Rom membuat persediaan, Saidina Khalid telah didatangi oleh Mahan iaitu pemimpin kanan pasukan Rom. Maka terjadilah dialog antara keduanya:

Mahan : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa
dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".

Khalid : "Pulanglah kamu. Kami tidak akan keluar dari negeri kami    kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari. Dan kamu akan menyaksikan sekumpulan manusia datang kepadamu dengan perasaan cintakan maut lebih daripada kamu mencintai arak".

Diriwayatkan sebelum bermulanya peperangan, Khalid telah berdepan secara berseorangan dengan Jeneral tentera Romawi iaitu Georgerus Theodorus, dan kedua mereka berdiri di atas sebuah bukit kecil yang terletak di tengah2 antara pasukan islam dan pasukan rom. Beratus ribu pasang mata kini hanya tertumpu kepada mereka berdua. Terjadilah dialog antara keduanya:

Theodorus : "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah?"

Khalid    : "Tidak"

Theodorus : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"

Khalid    : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah" ".

Theodorus  : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"

Khalid     : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran
Islam"

Theodorus  :  "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"

Khalid     :  "Ya, itulah yang lebih utama"

THeodorus  : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"

Khalid     : "Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman
kepada Allah dengan jiwamu".

Allah yang Maha mengetahui telah membuka pintu hati jeneral Romawi tersebut dan memberikannya hidayah.

THeodorus  : "Wahai Khalid, ketahuilah bahawa aku bersaksi bahawa tiada tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah yang telah diutuskan  dengan kebenaran"


-Tal Khalid Alwalid di lembah yarmouk, tempat beliau bersemuka dengan Gergeorus theodorus-

-tugu berbentuk pedang di benteng lembah yarmouk-

Saidina Khalid begitu gembira dan memeluk erat saudara barunya. Tentera Islam dan Rom yang melihat dari jauh terpegun dan kebingungan melihat reaksi mereka berdua. Sesungguhnya Allah berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa jua yg Dia kehendaki..Georgerus telah berjuang bersama islam sehinnga akhirnya Allah mengurniakannnya mati syahid.

Dalam peperangan tersebut, diceritakan bahawa Khalid r.a telah menggunakan 11 bilah pedang kerana setiap satunya digunakan sehingga patah..juga diriwayatkan bahawa beliau telah menyelitkan sebuah bekas kecil yang berisikan beberapa helaian rambut  Rasulullah s.a.w . Apabila menyedari bekas tersebut telah tercicir, beliau berhenti menghayunkan pedang buat seketika dan tidak menghiraukan musuh,lalu terus mencari bekas tersebut. Satu tanda cinta yang agung oleh beliau kepada Rasul s.a.w…http://www.youtube.com/watch?v=nUvbBFXdDmM
- info board cite ttg yarmouk battlefield-



Suatu masa di zaman kekhalifahan Amirul Mukminin Saidina Umar r.a(Umar r.a adalah orang pertama yang digelar amirul mukminin,ruj fannul walmazahib fi nasr alqadim,m/s  59), beliau telah memecat Khalid r.a daripada jawatan panglima perang,kerana risau ketaksuban tntera islam ketika itu yang meyakini khalidlah yang menyebabkan mereka memenangi banyak peperangan, dan perkara ini menyentuh soal akidah mereka. Saidina Khalid tidak sedikit pun membantah perintah khalifah dan dengan lapang hati menyerahkan jawatannya kepada Abu Ubaidah alJarrah.

Saat sebelum wafatnya sahabat Rasulullah s.a.w yg mulia ini, beliau telah terlantar di katil berbulan lamanya kerana sakit. Saidina Umar r.a telah datang menziarahi sahabt yg dikasihinya itu. Khalid r.a telah mewasiatkn kepada Umar untuk mewakafkan kesemua 7 bilah pedang, 2 perisai serta 4 batang tombaknya kepada tentera islam agar dapat dimanfaatkan. Sambil melinangkan air matanya juga,beliau telah berkata "Aku telah menyertai beratus peperangan. Parut di badanku sudah terlalu banyak jika dikira. Aku telah memasuki medan perang dengan tiap kalinya berharap aku akan mati dibunuh lalu mendapatkan mati syahid, namun akhirnya, Allah telah memilih aku mati di katil ini juga…" Beliau kemudiannya mengucapkan kalimah syahadah lalu menghembuskan nafasnya yg terakhir. Saidina Umar r.a tidak dapat menahan sebaknya telah mendoakan kesejahteraan panglima yg tidak terbilang jasanya itu..Maqam beliau boleh diziarahi di Masjid Khalid Al Walid,Homes, Syria..