Jeneral Khalid : Pedang Allah yg Terhunus

7:11 AM Posted by Amiirul Hafiz,

Saya adalah seorang peminat siri sejarah peperangan islam. Dan saya paling minat peperangan yang disertai jeneral tentera yang amat saya sanjungi, saidina Khalid Al Walid r.a .Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mendesak tentera islam ke jalan buntu malah,tentera Islam dikira kalah dalam peperangan tersebut, tetapi perang Muktah memberikan penampilan Khalid Al-Walid yang baru memeluk islam.Beliau adalah hero penyelamat di ambang kekalahan tentera Islam,dan pada pendapat saya ini membuktikan bahawa beliau memang antara yang layak dikurniakan anugerah jeneral tentera agung selepas Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda sendiri memberi gelaran yang istimewa kepada beliau "سيف الله المسلول" (Pedang Allah yang terhunus).


 Dalam peperangan Al-Yamamah,beliau ditugaskan khalifah untuk memerangi Musailamah Al-Kazzab yg mendakwa dirinya sebagai nabi.
Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam:"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik" Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai
tentera Islam yang terkorban. Khalid Al-Walid sebagai Jeneral pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya  kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang munafiq itu akan mengalami bencana masing-masing."


Sebuah lagi kisah yang amat menarik berkaitan Saidina Khalid AlWalid ada dicoretkan dalam kisah peperangan Yarmouk(20 ogos 636 M).Peperangan ini dapat dikira sebagai usaha tntera Romawi(Imbratur bizantiniyyah) dalam menebus malu dek kekalahan mereka dalam peperangan Muktah. Ketika kedua2 pasukan islam dan Rom membuat persediaan, Saidina Khalid telah didatangi oleh Mahan iaitu pemimpin kanan pasukan Rom. Maka terjadilah dialog antara keduanya:

Mahan : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa
dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".

Khalid : "Pulanglah kamu. Kami tidak akan keluar dari negeri kami    kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari. Dan kamu akan menyaksikan sekumpulan manusia datang kepadamu dengan perasaan cintakan maut lebih daripada kamu mencintai arak".

Diriwayatkan sebelum bermulanya peperangan, Khalid telah berdepan secara berseorangan dengan Jeneral tentera Romawi iaitu Georgerus Theodorus, dan kedua mereka berdiri di atas sebuah bukit kecil yang terletak di tengah2 antara pasukan islam dan pasukan rom. Beratus ribu pasang mata kini hanya tertumpu kepada mereka berdua. Terjadilah dialog antara keduanya:

Theodorus : "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah?"

Khalid    : "Tidak"

Theodorus : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"

Khalid    : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah" ".

Theodorus  : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"

Khalid     : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran
Islam"

Theodorus  :  "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"

Khalid     :  "Ya, itulah yang lebih utama"

THeodorus  : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"

Khalid     : "Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman
kepada Allah dengan jiwamu".

Allah yang Maha mengetahui telah membuka pintu hati jeneral Romawi tersebut dan memberikannya hidayah.

THeodorus  : "Wahai Khalid, ketahuilah bahawa aku bersaksi bahawa tiada tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah yang telah diutuskan  dengan kebenaran"


-Tal Khalid Alwalid di lembah yarmouk, tempat beliau bersemuka dengan Gergeorus theodorus-

-tugu berbentuk pedang di benteng lembah yarmouk-

Saidina Khalid begitu gembira dan memeluk erat saudara barunya. Tentera Islam dan Rom yang melihat dari jauh terpegun dan kebingungan melihat reaksi mereka berdua. Sesungguhnya Allah berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa jua yg Dia kehendaki..Georgerus telah berjuang bersama islam sehinnga akhirnya Allah mengurniakannnya mati syahid.

Dalam peperangan tersebut, diceritakan bahawa Khalid r.a telah menggunakan 11 bilah pedang kerana setiap satunya digunakan sehingga patah..juga diriwayatkan bahawa beliau telah menyelitkan sebuah bekas kecil yang berisikan beberapa helaian rambut  Rasulullah s.a.w . Apabila menyedari bekas tersebut telah tercicir, beliau berhenti menghayunkan pedang buat seketika dan tidak menghiraukan musuh,lalu terus mencari bekas tersebut. Satu tanda cinta yang agung oleh beliau kepada Rasul s.a.w…http://www.youtube.com/watch?v=nUvbBFXdDmM
- info board cite ttg yarmouk battlefield-



Suatu masa di zaman kekhalifahan Amirul Mukminin Saidina Umar r.a(Umar r.a adalah orang pertama yang digelar amirul mukminin,ruj fannul walmazahib fi nasr alqadim,m/s  59), beliau telah memecat Khalid r.a daripada jawatan panglima perang,kerana risau ketaksuban tntera islam ketika itu yang meyakini khalidlah yang menyebabkan mereka memenangi banyak peperangan, dan perkara ini menyentuh soal akidah mereka. Saidina Khalid tidak sedikit pun membantah perintah khalifah dan dengan lapang hati menyerahkan jawatannya kepada Abu Ubaidah alJarrah.

Saat sebelum wafatnya sahabat Rasulullah s.a.w yg mulia ini, beliau telah terlantar di katil berbulan lamanya kerana sakit. Saidina Umar r.a telah datang menziarahi sahabt yg dikasihinya itu. Khalid r.a telah mewasiatkn kepada Umar untuk mewakafkan kesemua 7 bilah pedang, 2 perisai serta 4 batang tombaknya kepada tentera islam agar dapat dimanfaatkan. Sambil melinangkan air matanya juga,beliau telah berkata "Aku telah menyertai beratus peperangan. Parut di badanku sudah terlalu banyak jika dikira. Aku telah memasuki medan perang dengan tiap kalinya berharap aku akan mati dibunuh lalu mendapatkan mati syahid, namun akhirnya, Allah telah memilih aku mati di katil ini juga…" Beliau kemudiannya mengucapkan kalimah syahadah lalu menghembuskan nafasnya yg terakhir. Saidina Umar r.a tidak dapat menahan sebaknya telah mendoakan kesejahteraan panglima yg tidak terbilang jasanya itu..Maqam beliau boleh diziarahi di Masjid Khalid Al Walid,Homes, Syria..


0 comments:

Post a Comment