Nasihat Sang Ayah

6:53 AM Posted by Amiirul Hafiz,

Dalam hidup saye , suke saye igtkn diri sndiri bahawa saya hanya berjalan dan hidup di muka bumi dengan kapasiti sbgai seorang hamba dan tidak lebih dari itu…tatkala diri ini terlupa akan identitinya yg sebenar, suke untuk saya meneliti kembali sebuah himpunan nasihat yg amat halus seorang bapa kepada anaknya…dan saya anggap,seolah2 itu jugalah wasiat ayah  kndung saya (semoga Allah merahmatinya) kepada diri ini. Perhatikan nasihat yg dinukilkan dalam alQuran,dan akan kita dapati bahawa kesemuanya adalah asas kepada peribadi yang menyenangkan orang lain. Semoga kita bersama dapat mengambil istifadah darinya.


وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. 
*yg dimaksudkan bersyukur kepada diri sendiri adalah; apabila seseorg bersyukur kepada Allah,maka Allah akan membalas dengan berbagai nikmat yg lain seperti kesihtn,kebahagiaan, kesenangan, kelapangan jiwa dan sebagainya."Direct Exchange"*
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"
*Luqman AlHakim memulakan nasihatnya dengan perkara yg paling utama yg dengannya dapat menentukan kebatilan atau kesahihan segala amal seseorang anak adam -jgn syirik. Sekalipun amal kebaikan dilakukan sepanjang kehidupan, tetapi jika hanya syirik seperkara,terbatallah segala amalannya,nerakalah tmpat kepulangannya*
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). 
*Peringatan kepada mereka yg bergelar anak (dn sememngnye kite semua sntiasa mendukung gelaran tersebut shingga ke akhir hayat), agar sntiasa igt2 smule jasa bakti org tuanya, agar tidak melakukan penderhakaan.Apalah erti kehidupan yg megah sekiranya asbab asal bagi kehidupan yg megah itu tidak dihormati,*

وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفاً وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. 
*Dalam menempuhi kehidupan yg mendatang, pasti kita akan terjumpa suatu hari nanti, simpang atau cabang yg akan menguji di mana tahap aqidah kita. Dan Luqman Alhakim lantas berpesan sejak anak berusia muda,agar tetaplah dengan keyakinan terhadap Allah yg Maha Satu, tiada sekutu baginya dan itulah kenyataan yg Qat'i*
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. 

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. 
*Dalam kitab syarah AlAhkam AlImam Ibnu A'to Illah yg ditulis oleh Dr. Adam Noh AlQudoh(bekas mufti Jordan), beliau ada mensyarahkn dalam hikam yg ke-8, bahawa segala bentuk penyakit dan musibah,boleh jadi ia adalah bentuk kifarah dosa yg kita tidak sedar semua itu. Boleh jadi ape yg kite sgkakan baik untuk kita,sbnarnye adalah buruk dan Allah haling dari berlakunya perkara tersebut. Dan bole jadi ape yang kita sangkakan buruk sebenarnya baik untuk kita dan Allah menentukan ianya berlaku. Maka kenapa masih ada manusia yg menyalahkan takdir..Sesungguhnya Allah jualah yg maha mengetahui*
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai
*Sifat org2 yg disenangi ahli disekelilingya*

0 comments:

Post a Comment