Muktah : Pembuka Mata Kerajaan Dunia

6:33 AM Posted by Amiirul Hafiz,


Tahun 8 Hijrah.terjadinya sebuah peristiwa peperangan Muktah.Ianya berlaku di Jordan ditempat yang dikenali dengan Muktah yang terletak tidak berapa jauh dari Universiti Muktah mengambil sempena peperangan bersejarah itu Kekuatan tentera Islam seramai 3000 orang, manakala kekuatan tentera musuh seramai 200,000 orang (100,000 dari pasukan Rom dan 100,000 dari Arab Nasrani) Kematian Harith bin Umair Al Azli sebagai utusan Rasulullah ke Basra yang telah dibunuh oleh seorang pemimpin Rom. Apabila sampai berita itu kepada Rasulullah, baginda amat berdukacita lalu mempersiapkan pasukan tentera seramai 3000 orang untuk mengajar Kerajaan Rom.
Sebelum bertolak, Rasulullah s.a.w memberikan pesan yang agak aneh.
"Panji peperangan ini akan dipegang oleh Zaid bin harithah.Sekiranya Zaid Bin Harisah terbunuh ketika memimpim peperangan itu, Saidina Jaafar hendaklah mengambil tempat sebagai gantinya. Sekiranya Saidina Jaafar terbunuh juga, tempatnya hendaklah deganti dengan Abdullah Bin Rawahah. Jika dia juga terbunuh maka terserahlah kepada kaum muslimin untuk melatik penggantinya."
Setelah dilepaskan oleh Rasulullah, berangkatlah pasukan Islam menuju ke perkampungan Maan. Di situ mereka mendapat berita bahawa angkatan perang Heraklius (Maharaja Rom) telah siap menunggu mereka dengan pasukan yang besar berjumlahnya seramai 200,000 (dua ratus ribu) orang.Seluruh dunia terbuka mata melihat peperangan ini. Persia,Kisra dan Kaisar-kaisar,Muqauqis dan seluruh raja dunia melihat antara pasukan yang paling kuat di dunia yang akan menentang tentera padang pasir Semenanjung Arab.

Abdullah bin Rawahah berpidato dengan penuh semangat:
Saudara-saudara, apa yang tidak kita sukai, justeru itu yang kita cari sekarang ini, iaitu mati syahid. Kita memerangi musuh itu bukan kerana perlengkapan, bukan kerana kekuatan, juga bukan kerana jumlah tentera yang besar. Tetapi kita memerangi mereka hanyalah kerana agama ini yang dengannya Allah telah memuliakan kita. Oleh kerana itu mara. Kita akan memperolehi salah satu dari dua kebaikan: Menang atau Mati Syahid”.
Mendengar ucapan semangat dari Abdullah ini mereka terus mara ke medan perang dan berjuang bermati-matian. Di tengah pertempuran panglima pertama tentera Islam iaitu Zaid bin Harithah terkorban. Sebelum jatuh ke tanah, bendera yang dipegang Zaid disambut oleh Jaafar bin Abi Talib. Jaafar meneruskan serangan. Seorang tentera musuh telah terkena pergelangan tangan  beliau shingga jari2 jaafar hampir bercerai dari tanggannya tetapi tidak berlaku demikian kerana urat2 yg masih belum putus. Jari2nya kelihatan bergantungan seperti buaian diikat ke pokok. Lantas kerana menyukarkan pergerakannya,jaafar memijak jari tersebut dan memutuskn urat2 jarinya. Dalam siri serangan seterusnya yg diterima oleh beliau,  tangan kanan dan kirinya putus terkena pedang musuh dan bendera terpaksa dipeluknya dengan pangkal bahunya. Kemudian beliau memegangnya dengan gigi2  beliau, hingga beliau terkorban pula akibat luka-luka yang banyak mengenainya lebih 70 lubang. Dan kerana itulah,beliau digelar jaafar attoyyar(jaafar bersayap).Bendera seterusnya disambut oleh Abdullah bin Rawahah,Ketika itu, beliau cuba turun dari kudanya namun dalam keadaan takut2. Sambil menyengetkan tubuh di atas kuda,beliau bersyair mengkritik dirinya;
"Aku bersumpah hai jiwa turunlah kamu, sama ada terpaksa atau rela hati. Tidakkah manusia sudah menjerit bertempik melolong, mengapa kulihat engkau bencikan syurga…" Kemudian beliau mara ke tengah2 medan bersama panji islam dan menerkam musuh bagaikan seekor singa yang amat buas dan kelaparan,tetapi kemudian beliau juga turut terkorban. Pada saat itu, seorang lelaki dari Bani Ajalan iaitu Thabit bin Al Arqam tampil mengambil bendera dan melaungkan:”Saudara-saudara kaum muslimin, mari kita mencalonkan salah seorang dari kita” Ahkirnya pilihan jatuh kepada Khalid bin Al Walid. Bendera pasukan Islam lalu diserahkan kepada Khalid dan beliau meneruskan peperangan dengan sengit sekali.
Apabila malam tiba kedua-dua pihak berhenti berperang. Khalid menyedari bahawa saf (barisan) pasukan Islam mesti diatur kembali. Pada pagi besoknya, dengan kebijaksananya Khalid menyusun kembali saf pasukan Islam dengan membuat taktik memperlihatkan kepada musuh seolah-olah bantuan tentera pasukan Islam telah datang dari Madinah.padahal, itu hanyalah taktik Khalid yg memerinthkn sebahagian tntera islam memakai baju baru seolah2 mereka adalah batalian bantuan yg dtg dari Madinah. Musuh berasa gerun dan takut kerana menyangka bilangan tentera Islam bertambah dengan banyaknya. Sampai mereka jadi takut terhadap kaum muslimin dan sebahagiannya ada yang berkata, “Jika jumlah tentera sebesar 3,000 (tiga ribu) orang saja sudah cukup untuk membuat pasukan Rom dalam kesulitan dan kesukaran, apatah lagi pasukan tentera Islam ditambah”.
Maka pasukan Rom memilih untuk menarik diri dari medan peperangan. Sehingga peperangan Muktah berakhir. Akhirnya kedua-dua pihak berundur tanpa ada kemenangan dalam peperangan itu,namun secara hakikinya,inilah kejayaan yg dikurniakn Allah s.w.t kepada tntera islam..
Masjid syuhada' di Muktah yg menempatkn maqam 3 komander tntera islam,Zaid bin Harithah,Jaafar Abi Talib, dan Abdullah bin Rawahah

0 comments:

Post a Comment