Tawassul : Mengapa masih belum jelas?

5:36 AM Posted by Amiirul Hafiz,

Kalo rakan2 perasan atau x tdo time khatib berkhutbah, doa ni sering di baca dlm khutbah:
اللهم إنا نسألك و نتوسل إليك بنبيك الأمين ونتوسل بأسمائك الحسنى وصفاتك العلى……“
Ertinya : “Ya Allah Ya Tuhan kami kami bermohon kepadaMu dan bertawassul kepadaMu dengan NabiMu yang bersifat amanah dan kami bertawassul dengan nama-nama baikMu dan sifat-sifat tinggiMu….”
Barangkali bagi sesiapa yang tak memahami maksud atau erti doa ini, mereka menganggap ia hanyalah satu doa yang biasa. Bahkan jika orang yang memahami maksudnya pun, dan berpendapat bahawa tawassul dengan zat seseorang adalah satu perkara yang harus nescaya baginya ia satu perkara biasa.
Namun, pada saya, sekalipun mereka berpandangan bahawa tawassul dengan zat seseorang itu adalah harus, moleklah  diubah sedikit doa tersebut supaya khatib mendahulukan bertawassul dengan asma’ul husna. Doanya jadi seperti ini :
اللهم إنا نسألك ونتوسل إليك بأسماءك الحسنى وصفاتك العلى وبنبيك الأمين
Ertinya : “Ya Allah Ya Tuhan kami kami bermohon kepadaMu dan bertawassul kepadaMu kami bertawassul dengan nama-nama baikMu dan sifat-sifat tinggiMu dan dengan NabiMu yang bersifat amanah….”
Di sini, kita mendahulukan tawassul dengan nama-nama dan sifat Allah Taala daripada tawassul dengan zat Nabi s.a.w. Ini sekiranya mereka masih ingin berpegang dengan pendapat yang menyatakan keharusan tawassul dengan zat makhluk.
Berbicara dari sudut perbincangan ilmiyyah pula, kita perlu menilai kembali adakah tawassul cara ini diharuskan atau tidak?Kita minta dengan Allah, bukan dgn متوصّل به  (org yg ditawasulkan). Hanya mengambil berkat je org yg ditawassulkn trsebut yg biasenye kerana kebaikan atau kemuliaan org trsebut. ha, kne 'real clear' pada konsep trsebut. Tawassul berasal dari perkataan wasilah. Wasilah ialah sesuatu yang digunakan untuk mendekatkan diri kepada orang lain. Tawassul didalam bahasa arab bermaksud memohon agar menjadi hampir. Bertawassul kepada Allah bermaksud ingin mendekatkan diri dengan Allah.
 Dari segi syarak, tawassul ialah taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah Taala dengan melakukan ketaatan kepadaNya dan beribadat kepadaNya serta mengikut para Nabi dan Rasul termasuk juga dengan melakukan segala amalan yang disukai Allah Taala.
Bila kita membicarakan tentang tawassul, maka kita perlu menilai hukumnya melalui kaca mata syarak agar kita mengetahui yang mana tawassul syar'iy dan yang mana tawassul tidak syar’iy. Yang 'Real'nya wahai rakan2 yg mulia, tawassul yang disyariatkan dan ijmak ulama menerimanya sebagai tawassul adalah dalam tiga bentuk.
Pertama : Tawassul dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya. Nak didatangkn dalil?boleh2. Allah swt berfirman :
يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ
“masing-masing(mereka) mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), ” – [al-Isra’ 17:57]
.Firman Allah (al-A’raf 180):                     ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها 

Maksudnya : “Dan bagi Allah itu nama-nama yang baik maka berdoalah dengannya(tawassul dengan nama-nama Allah)”.
Contohnya kita berdoa : “Ya Allah, kami bermohon dengan nama-nama baikmu agar engkau ampunkan dosa kami”.

Kedua : Tawassul kepada Allah dengan amalan soleh yang dilakukan. Seperti seseorang bertawassul dengan keimanannya kepada Allah. Ini diajar dalam al-Qur’an al-Karim (Ali Imran : 16)                     ربنا إننا آمنا فاغفر لنا ذنوبنا وقنا عذاب النار

Maksudnya : “Yang tuhan kami, sesungguhnya kami beriman kepadaMu maka ampunkanlah segala dosa kamu dan selamatkan kami dari azab api neraka”.

Di sini disebutkan dahulu amalan keimanan mereka kemudian baru diminta ampunkan dosa. Bahkan sabit dalam hadis sahih kisah tiga orang Bani Israel yang terperangkap dalam gua, mereka berdoa dengan bertawassul dengan amalan masing-masing lantas Allah menyelamatkan mereka. (Rujuk riyad al-Salihin,bab…)
Ketiga : Tawassul kepada Allah dengan doa orang yang soleh atau dengan doa saudaranya. Firman Allah Taala dalam surah Yusuf (97-98):
قالوا يا أبانا استغفر لنا ذنوبنا إنا كنا خطئين . قال سوف أستغفر لكم ربي إنه هو الغفور الرحيم
Maksudnya : “ Mereka berkata: “Wahai ayah kami! mintalah ampun bagi Kami akan dosa-dosa kami; Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Yang bersalah”. Nabi Yaakub berkata: “Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
Ayat ini menunjukkan mereka meminta Nabi Yaakub berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa mereka.
ataupun,cntoh yg lebih mudah, kite jumpe kwn kite,kite mintak die tlg doakn kita.."sheikh,anta tlg doakan ana ye" ha, kire tawassul la tu.
Ketiga-tiga tawassul berkenaan ialah tawassul yang disepakati oleh semua ulama. Manakala selainnya, masih lagi dalam kategori khilaf. Adakah wajar kita amalkan perkara yang diperselisihkan, tetapi dalam masa yang sama kita meninggalkan perkara atau hukum yang disepakati ulama??? Kan lebih  baik diamalkan perkara yang sudah jelas hukumnya dan sudah diterima oleh ulama. Mengapa kita perlu bersusah payah berdoa dengan tawassul yang diperselisihkan tentang hukumnya sama ada harus atau haram, syar’iyy atau bid’ah. Wallahualam.
Sheikh, apa2 pun…amalan tawassul ni bukanlah amalan wajib. Tak mesti kite kate, kalo doa yg xbertawassul,  xmustajab .dan xmesti  doa yg bertawassul, konpem mustajab…usah kite berperang atas satu perkara yg mubah ye rakan2. Jgn kerna org x trime tawassul, kite shingga menolak org trsebut,dn jgn pula kerna org mengamalkn tawassul,kite juga tak menerima pndgn org trsebut.  a.. salah a gtu kgkwn.

1 comments:

ahmad alkhani said...

aku nak tanya,nak tanya....hehe

boleh tawassul ngan malaikat??

Post a Comment